Latihan Objektif Kata Bilangan

Latihan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Selina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______ hari.
A  setiap
B  sekalian
C  separuh
D  beberapa

2  Anggota polis telah menembak mati ______ orang perompak yang merompak sebuah bank di ibu kota kota semalam.
A  segala
B  sebilangan
C  kelima
D  lima

3  Festival   makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.
A  sebahagian
B  seluruh
C  pelbagai
D  pelbagai-bagai

4  Katherina mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan tahunan.
A  satu
B  kesatu
C  johan
D  pertama

5  _______ cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.
A  Ribuan
B  Semua
C  Setengah-tengah
D  Berbagai-bagai

Soalan-soalan Kata Bilangan : Berbagai, Sesetengah, Beberapa dll

Kata Bilangan

Latihan 1

Tandakan ( ⁄  )  bagi penggunaan kata bilangan yang betul.

1  a  berbagai barang ( )
    b  berbagai-bagai barang ( )

2  a  tiap pagi         (     )
    b  tiap-tiap pagi ( )

3  a  setengah-setengah orang ( )
    b  sesetengah orang ( )

4  a semua pelajar ( )
    b semua pelajar-pelajar   ( )

5  a  para peserta ( )
    b  para-para perserta ( )

6  a  satu suku jam ( )
    b  satu jam suku ( )

7  a  kedua orang murid ( )
    b  kedua-dua orang murid ( )

8  a  beberapa biji telur ( )
    b  berapa-berapa biji telur ( )

Jawapan
Latihan 1

  1. b
  2. b
  3. b
  4. a
  5. a
  6. b
  7. b
  8. a

Latihan 2 : Penjodoh Bilangan

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.


1  Emak menyuruh abang membeli se_______ pisang dan se______ petai di pasar itu.
A  biji …... keping
B  ulas …...tandan
C  buah......ikat
D  sisir.....ikat

2  Encik Khairul menanam beberapa ______ serai  di belakang rumahnya.
A  ikat
B  pucuk
C  helai
D  rumpun

3  ________ Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu pada tahun 1941.
A  Angkatan
B  Kelompok
C  Kumpulan
D  Orang

4  Setiap pelajar dikehendaki mencipta se______ pantun sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu hadapan.
A  patah
B  buah
C  rangkap
D  biji

5  Pak Najib  membeli se_______ jala dan se______ joran dari kedai itu.
A  helai..... batang
B  rawan.....bilah
C  rawan..... batang
D  keping.... bilah

Latihan 1 - Penjodoh Bilangan

Isi tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.


1  Encik Kumaran membeli beberapa _______ kawat berduri untuk memagar kebunnya.

2  Beberapa _______ rumah kedai musnah akibat kebakaran itu.

3  Datuk memasukkan se________ tembakau ke dalam paipnya.

4  Seorang penoreh getah telah menjumpai se_____ meriam lama ketika menuju ke ladang getah.

5  Lima _______ timun itu dijadikan perhiasan lauk rendang kerang.