Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.
1 Emak menyuruh abang membeli se_______ pisang dan se______ petai di pasar itu.
A biji …... keping
B ulas …...tandan
C buah......ikat
D sisir.....ikat
2 Encik Khairul menanam beberapa ______ serai di belakang rumahnya.
A ikat
B pucuk
C helai
D rumpun
3 ________ Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu pada tahun 1941.
A Angkatan
B Kelompok
C Kumpulan
D Orang
4 Setiap pelajar dikehendaki mencipta se______ pantun sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu hadapan.
A patah
B buah
C rangkap
D biji
5 Pak Najib membeli se_______ jala dan se______ joran dari kedai itu.
A helai..... batang
B rawan.....bilah
C rawan..... batang
D keping.... bilah