Latihan 2 : Penjodoh Bilangan

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.


1  Emak menyuruh abang membeli se_______ pisang dan se______ petai di pasar itu.
A  biji …... keping
B  ulas …...tandan
C  buah......ikat
D  sisir.....ikat

2  Encik Khairul menanam beberapa ______ serai  di belakang rumahnya.
A  ikat
B  pucuk
C  helai
D  rumpun

3  ________ Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu pada tahun 1941.
A  Angkatan
B  Kelompok
C  Kumpulan
D  Orang

4  Setiap pelajar dikehendaki mencipta se______ pantun sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu hadapan.
A  patah
B  buah
C  rangkap
D  biji

5  Pak Najib  membeli se_______ jala dan se______ joran dari kedai itu.
A  helai..... batang
B  rawan.....bilah
C  rawan..... batang
D  keping.... bilah

No comments:

Post a Comment