Latihan Soalan Kata Bilangan Pecahan

Pilih kata bilangan pecahan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.


1  Kamu diberi masa selama ______ jam untuk menjawab soalan ini.
A.    Setengah
B.    Satu
C.    Beberapa
D.    Berpuluh-puluh

2  Farihah memperuntukkan ______ daripada gajinya untuk membeli pakaian.
A.    Seratus
B.    Suku
C.    Beratus-ratus
D.    Seluruh

3  ______ daripada modal syarikat itu diperoleh daripada pinjaman bank.
A.    Separuh
B.    Beribu-ribu
C.    Tiga
D.    Seluruh

4  Menurut kajian, _____ daripada remaja yang terlibat dengan najis dadah adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun.
A.    Beratus-ratus
B.    Seribu
C.    Dua pertiga
D.    Seluruh

5   Cadangan itu akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan _____ daripada ahli mesyuarat.
A.    Tiga perempat
B.    Semua
C.    Setiap
D.    Sekalian

6  ______ daripada keuntungan syarikat itu akan diberikan kepada rumah anak yatim.
A.    Separuh
B.    Kelima
C.    Sebahagian
D.    Setiap

7  _______ daripada tanah pusaka Haji Hamdan akan diwakafkan.
A.    Satu pertiga
B.    Berpuluh-puluh
C.    Puluhan
D.    Sepuluh

8  ______ daripada lauk yang dibawa oleh Kamil telah basi.
A.    Satu
B.    Setengah
C.    Tiap-tiap
D.    Semua

9  Pak Lah mengalami kerugian yang besar kerana ____ daripada tanamannya dirosakkan oleh tikus.
A.    tiga
B.    separuh
C.    Beberapa
D.    Setiap

10 Bas menuju ke Sibu itu telah berlepas ______ jam yang lalu apabila Kumari sampai ke bas perhentian.
A.    Setengah
B.    Berpuluh-puluh
C.    Beberapa
D.    Setiap

11 Bangunan biru itu telah berusia lebih kurang _____ abad dan dijadikan bangunan bersejarah oleh kerajaan tempatan.
A.    Suku
B.    Tiga
C.    Beberapa
D.    Berpuluh-puluh

12 _______ daripada air oren itu telah ditumpahkan oleh adik.
A.    Satu
B.    Beberapa
C.    Setengah
D.    Semua

13 Saya terpaksa berbaris selama_____ jam bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pertunjukan itu.
A.    Dua
B.    Separuh
C.    Beberapa
D.    Setengah

14 Projek pembinaan jambatan itu memerlukan kos sebanyak ____ juta ringgit.
A.    Suku
B.    Satu
C.    Puluhan
D.    Beberapa

15 Taufan itu memusnahkan ______ daripada kawasan perkhemahan pengakap di Pulau Bara.
A.    Beberapa
B.    Semua
C.    Separuh
D.    Setiap

16 “Tolong belikan saya ______ kilo ikan kembung,” kata ibu kepada ayah.
A.    Beberapa
B.    Setengah
C.    Satu
D.    Kedua

17 ______ daripada murid-murid di sekolah  itu telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A.    Tiga perempat
B.    Empat
C.    Beberapa
D.    Semua

18  ______ daripada pekerja kedai makan itu ialah wanita.
A.    Separuh
B.    Berpuluh-puluh
C.    Sepuluh
D.    Segelintir

19  Tragedi bot karam itu mengorbankan _____ daripada penumpangnya.
A.    Kedua
B.    Separuh
C.    Segelintir
D.    Satu

20 Orang kaya itu membiayai ______ daripada kos pembedahan budak yang malang itu.
A.    Setiap
B.    Beberapa
C.    Separuh
D.    Semua

21 Pihak polis telah berjya memberkas ______ daripada pendatang haram yang mendarat di pantai itu.
A.    Separuh
B.    Tiap-tiap
C.    Berates-ratus
D.    Seluruh

22 Permainan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan pada _____ masa pertama kerana hujan lebat.
A.    Separuh
B.    Sebahagian
C.    Satu
D.    Beberapa

23 Kebakaran yang berlaku semalam telah memusnahkan _____ daripada kawasan perumahan setinggan itu.
A.    Satu
B.    Separuh
C.    Setiap
D.    Keseluruhan

24 Filem sulung arahan pengarah muda itu menelan belanja sebanyak _____ juta ringgit.
A.    Beberapa
B.    Satu
C.    Kedua
D.    Setengah

25 ______ daripada penonton yang menyaksikan perlawanan itu terpaksa berhujan.
A.    Seperdua
B.    Berpuluh-puluh
C.    Semua
D.    Setiap




Jawapan Kata Bilangan Pecahan
1.     A
2.     B
3.     A
4.     C
5.     A
6.     A
7.     A
8.     B
9.     B
10.  A
11.  A
12.  C
13.  D
14.  A
15.  C
16.  B
17.  A
18.  A
19.  B
20.  C
21.  A
22.  A
23.  B
24.  D
25.  A






No comments:

Post a Comment