Latihan Soalan 2 : Kata Bilangan Tak Tentu

Pilih kata bilangan tak tentu yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1  Saya akan pergi ke Johor selama ____ hari untuk melawat saudara yang tinggal di sana.
A.      Seluruh
B.      Beberapa
C.      Dua pertiga
D.      Segenap

2 _____ hadirin dijemput menikmati juadah yang disediakan di majlis itu.
A.      Para
B.      Para-para
C.      Segala
D.      Pelbagai

3  “_______ perkara hendaklah diselesaikan sebelum kamu bercuti,” kata pengurusnya.
A.      Seluruh
B.      Segenap
C.      Semua
D.      Para

4  ______orang pekerja di restoran itu telah diberhentikan oleh majikan mereka.
A.      Sekalian
B.      Pelbagai
C.      Beberapa
D.      Segala

5  Pertandingan Akhir Piala Malaysia disiarkan secara langsung ke ______ Negara.
A.      Sebahagian
B.      Segala
C.      Seluruh
D.      Setiap

6  Masukkan ______ bahan yang telah ditumbuk dan rebus sehingga masak.
A.      Sekalian
B.      Semua
C.      Seluruh
D.      Segelintir

7  ______ orang murid berkumpul di padang  untuk membuat persiapan sempena Hari Guru yang ke empatpuluh tahun diiiringi oleh beberapa orang guru.
A.      Beberapa
B.      Seluruh
C.      Sebahagian
D.      Berbagai-bagai

8  ______ ibu bapa tidak mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak mereka.
A.      Pelbagai
B.      Setengah-setengah
C.      Sekalian
D.      Seluruh

9  _______ penduduk di kampung itu dipindahkan kerana banjir.
A.      Segala
B.      Seluruh
C.      Segenap
D.      Berbagai-bagai

10 ______ penat lelah Mak Piah selama ini telah terbayar apabila anak tunggalnya berjaya mencari pekerjaan.
A.      Sesuatu
B.      Segala
C.      Beberapa
D.      Sebahagian

11 ______ ternakan Pak Sukur mati kerana diserang penyakit dua minggu yang lalu.
A.      Beberapa
B.      Para
C.      Semua
D.      Sekalian

12 _____pekerjaan itu hendaklah dijalankan dengan sempurna.
A.      Satu
B.      Sesuatu
C.      Segala
D.      Semua

13 _____ buah projek yang dilaksanakannya menemui kegagalan kerana kekurangan pengalaman dalam pengurusan.
A.      Seluruh
B.      Para
C.      Beberapa
D.      Segenap

14 _____ buku yang dipesan telah pun dihantar kepada Amran.
A.      Semua
B.      Berbagai-bagi
C.      Sekalian
D.      Segelintir

15 ______ persiapan telah pun diatur untuk menyambut kelahiran anak pertamanya.
A.      Sebahagian
B.      Seluruh
C.      Segala
D.      Sebilangan

16 _______ perbelanjaan pengajiannya di luar Negara dibiayai oleh ayahnya.
A.      Segenap
B.      Segala
C.      Beberapa
D.      Segelintir

17 Persembahan itu dijayakan oleh ______ artis terkenal.
A.      Semua
B.      Mana-mana
C.      Pelbagai
D.      Segala

18 ______ batang sungai di Malaysia mengalami pencemaran yang teruk.
A.      Beberapa
B.      Berbagai-bagai
C.      Pelbagai
D.      Segelintir

19  ______ yang berlaku usah dikesalkan, semuanya sudah ditentukan Allah.
A.      Segenap
B.      Segala
C.      Seluruh
D.      Berbagai-bagai

20 _____ anak Pak Sani sudah bekerja dan tinggal di Bandar.
A.      Pelbagai
B.      Para
C.      Semua
D.      Segelintir

21 ______ buah lagu dalam album terbaru penyanyi itu telah diharamkan oleh pihak penyiaran.
A.      Semua
B.      Beberapa
C.      Segala
D.      Sebahagian

22  Dia mengalami kecederaan yang teruk setelah _______ badannya terbakar.
A.      Segala
B.      Seluruh
C.      Beberapa
D.      Sebahagian

23 ______ guru telah diingatkan supaya meninggikan mutu perkhidmatan pendidikan di Negara ini.
A.      Pelbagai
B.      Para
C.      Sebahagian
D.      Segala

24 ______ peniaga mendapat keuntungan yang banyak hasil kegigihan mereka.
A.      Setengah-setengah
B.      Segelintir
C.      Beberapa
D.      Semua

25 _____ pemain berasa gementar untuk menghadapi perlawanan akhir itu.
A.      Semua
B.      Sesuatu
C.      Berbagai-bagai
D.      Segala



Jawapan Kata Bilangan Tak Tentu
1.       B
2.       A
3.       C
4.       C
5.       C
6.       B
7.       A
8.       B
9.       B
10.   B
11.   C
12.   B
13.   C
14.   A
15.   C
16.   B
17.   A
18.   A
19.   B
20.   C
21.   B
22.   B
23.   B
24.   B
25.   A




1 comment: