Latihan Soalan 1 : Kata Bilangan Tentu

Pilih kata bilangan tentu yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.


Image result for 4 cows1  ______ ekor lembu telah disembelih untuk jamuan di majlis itu.
A.    Empat
B.    Keempat-keempat
C.   Keempat-empat
D.   Empat-empat

2  Zoo Negara telah menerima ______ ekor zirafah dari Amerika.
A.    Kedua
B.    Dua
C.   Kedua-kedua
D.   Kedua-dua

3  Zaiton membela _____ ekor kucing Siam.
A.    Beberapa
B.    Sekumpulan
C.   Sekandang
D.   Lima

4  Anisah kehilangan ______ batang gigi akibat kemalangan itu.
A.    Ketiga-tiga
B.    Tiga
C.   Sebahgian
D.   Ketiga

5  Ibu memetik ______ biji manga dari kebun nenek.
A.    Semua
B.    Setiap
C.   Enam
D.   Berpuluh-puluh

6  Hisyam membelikan ______ buah kereta mainan untuk adiknya.
A.    Beberapa
B.    Setiap
C.   Berjenis-jenis
D.   Dua

7  Gadis itu dimasukkan ke hospital setelah diserang oleh ______ orang perompak.
A.    Sekumpulan
B.    Beberapa banyak
C.   Tiga
D.   Sesuku

8  Setelah bekerja selama ______ tahun saya Berjaya memiliki sebuah kereta.
A.    Dua pertiga
B.    Beberapa
C.   Puluhan
D.   Lima

9  Sarimah bercuti selama _____ minggu untuk menunaikan umrah.
A.    Suku
B.    Berhari-hari
C.   Tiga
D.   Beberapa

10 _______ ekor rama-rama hinggap pada bunga ros itu.
A.    Dua
B.    Sepasang
C.   Kedua
D.   Kedua-dua

11 Ayam ternakan Pak Hisham menghasilkan _____ biji telur sehari.
A.    Seratus
B.    Beratus-ratus
C.   Ratusan
D.   Kedua-dua

12 Air yang deras itu menghanyutkan ____ buah rumah di Kampung Serimbang.
A.    Kesemua
B.    Sepuluh
C.   Keseluruh
D.   Berpuluh-puluh

13 Tragedi letupan gurung berapi itu telah mengorbankan _____ orang penduduk di sekitarnya.
A.    Beberapa banyak
B.    Setengah
C.   Sembilan puluh
D.   Sekumpulan

14 ______ pasang bajunya telah hilang semasa disidai di ampaian.
A.    Kesemua
B.    Ketiga
C.   Dua
D.   Berpuluh-puluh

15 Budak yang gemuk itu telah menghabiskan ______ pinggan nasi.
A.    Dua
B.    Kedua-dua
C.   Beberapa
D.   Kedua

16 Orang kaya itu mempunyai _____ ekor tanah dusun.
A.    Dua puluh
B.    Berpuluh-puluh
C.   Berates-ratus
D.   Berpuluh-puluh

17 Pengarah muda itu telah mengarah ______ buah filem.
A.    Sebahagian
B.    Setengah
C.   Sepuluh
D.   Berpuluh-puluh

18 Hasil daripada usaha gigihnya selama ini, Rosnah telah Berjaya memiliki ______ buah restoran.
A.    Empat
B.    Seperempat
C.   Keempat-empat
D.   Empat-perempat

19 Datuk Faisal telah menjemput ______ orang tetamu majlis hari lahirnya.
A.    Beratus-ratus
B.    Beberapa ratus
C.   Dua ratus
D.   Ratusan

20 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan bahawa, ________ orang penduduk Somalia mengalami kebuluran.
A.    Dua  ribu
B.    Beribu-ribu
C.   Ribuan
D.   Beberapa ribu

21 Ani memasukkan ______ ringgit dalam akaun simpanan adiknya.
A.    Beratus
B.    Keseratus
C.   Lima ratus
D.   Semua

22 Yazid mengusahakan ______ buah kolam ikan air tawar.
A.    Setiap
B.    Beberapa
C.   Lima
D.   Kelima-lima

23 Pencuri yang merompak bank itu dihukum penjara selama _______ bulan.
A.    Berbelas-belas
B.    Sebelas
C.   Kesebelas
D.   Belasan

24 Hanya ______ orang peserta akan dipilih ke peringkat akhir pertandingan nyanyian itu.
A.    Sebilangan
B.    Beberapa
C.   Setengah
D.   Lapan

25 _______ orang pengembara yang sesat di hutan itu telah dijumpai oleh Polis Hutan.
A.    Ketujuh-tujuh
B.    Tujuh
C.   Bertujuh
D.   Ketujuh-ketujuh


Jawapan Kata Bilangan Tentu
1.    A
2.    B
3.    D
4.    B
5.    C
6.    D
7.    C
8.    D
9.    C
10.  A
11.  A
12.  B
13.  C
14.  C
15.  A
16.  A
17.  C
18.  A
19.  C
20.  A
21.  C
22.  C
23.  B
24.  D
25.  B



No comments:

Post a Comment